Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
MOHD HAFIZ AMRULLAH
Semoga sumbangan ikhlas ini membantu serba sedikit apa yang diusahakan oleh penerima dengan izin Allah SWT, insyaAllah.. Doakan saya dan keluarga mendapat kebahagian dunia dan akhirat, dikurniakan zuriat soleh&solehah, dimurahkan serta dilapangkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan dunia, sentiasa mendapat bantuan, rahmat, kasih sayang, & pelindungan Allah SWT..InsyaAllah..amin
Anda dan 6 orang mengaminkan doa ini
AIDASARI ABD RAHIM
Doakan supaya seluruh umat Islam di dunia kembali bersatu mencari redha di jalan Allah. Yang masih hidup diampunkan dosa, diterima taubatnya, dipermudahkan segala urusan, diberkati sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Yang telah pulang ke rahmatullah, diterima segala amal kebaikan, tenang dan damai, dipermudahkan segala urusan di alam sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Anda dan 8 orang mengaminkan doa ini