Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.Wahai Allah, jadikanlah kami, pilihlah nama kami wahai Allah di kalangan mereka yang dibebaskan dari senarai api neraka.Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan neraka.آمِيْنُ
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah ampunkan lah dosa2 ku,dosa suamiku,dosa anak2 ku, dosa kedua ibubapa ku dan dosa kedua mertuaku..berikanlah rahmatMu dah hidayahMu kepada kami..jadikan lah kami org2 yang rajin melakukan ibadah kepadaMu..lindungilah kami daripda musibah yang tidak diduga..matikan lah kami dalam keadaan khusnul khatimah..jauhlan lah kami dari azab api neraka.aminn
0 orang mengaminkan doa ini